Date: Selasa, Oktober 1, 2019

Tahniah diucapkan atas pelantikan YBrs. Ir. Roslan Bin Ismail  sebagai Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa pada 7 Oktober 2019.

Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 30 September 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Sehubungan dengan itu warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan tersebut. Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.