Date: Jumaat, November 1, 2019

Tahniah diucapkan atas pelantikan YBrs. Ir. Haji Masri bin Baharuddin  sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan berkuatkuasa mulai 4 November 2019.

Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 1 November 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Sehubungan dengan itu warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan tersebut. Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.