Date: Isnin, Ogos 28, 2023

Sekalung Tahniah YBhg. Datuk Sr Amran bin Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) atas pengurniaan DARJAH PANGKUAN SERI MELAKA (D.P.S.M.) yang membawa gelaran DATUK sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan oleh Kerajaan di atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau yang tidak ternilai dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap demi kesinambungan perkhidmatan awam yang cemerlang, demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Sr Amran bin Mohd Majid, daripada seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia.