Date: Isnin, November 29, 2021

Kejohanan Sukan Indoor Games MAKSAK (MAKSAK Games) telah diadakan pada 25-28 November 2021 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Kejohanan tertinggi peringkat kebangsaan ini disertai oleh badan MAKSAK negeri di seluruh Malaysia dan diwakili oleh pegawai serta kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat.

Jabatan Kerja Raya juga tidak ketinggalan telah menghantar seorang pegawai selaku atlit catur untuk kejohanan ini iaitu Ir Zaleha binti Salehoddin daripada Cawangan Kerja Pendidikan yang mewakili MAKSWIP. Kelayakan untuk penyertaan ini adalah lanjutan daripada kemenangan Ir Zaleha dalam kejohanan MAKSWIP peringkat negeri. Tahun 2021 adalah penyertaan kedua dalam kejohanan ini. Sumbangan mata bersama pasukan oleh beliau telah berjaya melayakkan pasukan MAKSWIP untuk merangkul pingat gangsa selaku tempat keempat dalam acara berpasukan.

Kami di Jabatan Kerja Raya Malaysia merasa amat bangga dengan kejayaan ini dan semoga lebih ramai pegawai dan kakitangan dapat menyumbang dalam meningkatkan imej jabatan dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan..