Date: Rabu, September 18, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan kenaikan pangkat pegawai-pegawai seperti berikut:

                 

Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 18 September 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Haji Zulakmal bin Haji Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)    dan YBrs. Ir. Suhaili Bin Mansor yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Sehubungan dengan itu warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kenaikan pangkat tersebut. Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.