Date: Rabu, September 15, 2021

Setinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya di atas pelantikan sebagai Naib Presiden Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA).

Juga ucapan tahniah kepada Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan di atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung REAAA.

Pelantikan berkuatkuasa 15 September 2021 di dalam REAAA 16th General Meeting bersempena dengan penganjuran 16th REAAA Conference 2021, Manila,  13 – 15 September 2021. Pelantikan ini adalah juga pengiktirafan terhadap komitmen dan peranan JKR dalam industri  kejuruteraan jalan.

16th REAAA Conference 2021 anjuran REAAA dan Road Engineering Association of the Philippines (REAP) ini julung kalinya diadakan secara maya berikutan pandemik Covid-19. Seramai 2,500 peserta telah hadir secara maya. Malaysia selaku ahli aktif REAAA melalui JKR Malaysia telah menghantar 20 pegawai untuk menghadiri  persidangan tersebut.

JKR mempunyai sejarah yang mendalam terhadap penubuhan REAAA di mana JKR merupakan salah satu daripada penaja kepada penubuhan pertubuhan kejuruteraan jalan serantau berkenaan pada tahun 1973.

REAAA merupakan pertubuhan kejuruteraan jalan serantau yang mempromosikan sains dan amalan berkaitan kejuruteraan jalanraya dan yang berkaitan, dengan pembangunan rangkaian professional dan perdagangan antara negara ahli. JKR amat berbangga untuk meneruskan komitmen terhadap pertubuhan serantau ini.