Date: Selasa, September 7, 2021

Pada 4 dan 5 September 2021 (Sabtu dan Ahad) telah berlangsung Kejohanan Catur anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) yang disertai oleh ahli gabungan jabatan-jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan.

Bertujuan untuk memilih pemain mewakili MAKSWIP dalam Kejohanan peringkat Kebangsaan, anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK), kejohanan ini telah dilaksanakan secara maya menggunakan aplikasi Tornelo.  Jabatan Kerja  Raya tidak ketinggalan turut menghantar 3 pemain lelaki dan 2 pemain wanita daripada JKR selaku wakil untuk bermain dalam kejohanan ini.

Pada akhir kejohanan, Jabatan Kerja Raya berjaya mendapat keputusan yang membanggakan apabila salah seorang pemainnya, Ir Zaleha binti Salehoddin daripada Cawangan Kerja Pendidikan, berjaya mendapat tempat kedua daripada 24 orang pemain dalam kategori wanita sebagai tiket untuk mewakili pasukan MAKSWIP.  

Pihak Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan pasukan catur JKR dalam kejohanan catur MAKSWIP edisi 2021. Semoga pasukan MAKSWIP dan terutamanya Ir Zaleha Salehoddin berjaya membawa pulang pingat selaku wakil tunggal JKR ke Kejohanan Catur MAKSAK peringkat Kebangsaan.