Date: Rabu, Ogos 14, 2019
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 8 Tahun 2019 yang bersidang pada 17 Julai 2019 telah meluluskan kenaikan pangkat YBrs. Ar Zairul Azidin bin Badri ke Gred Utama A Sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya berkuat kuasa mulai 6 Julai 2019.
Sehubungan dengan itu warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kenaikan pangkat tersebut. Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.
- 1320 bacaan