Date: Jumaat, September 15, 2023

Sukacita dimaklumkan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyerahkan watikah pemangkuan Jurutera Awam Gred Turus III kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) berkuatkuasa 2 Mac 2023 setelah menerima kenaikan pangkat ke Gred Utama A mulai 1 Mac 2023 daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 27 Julai 2023.

Mewakili Kementerian Kerja Raya (KKR), Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turut menyerahkan watikah pemangkuan kepada Datuk Ir. KPKR, usai Sesi Dialog Belanjawan 2024 KKR bersama Penggiat Industri Pembinaan pada 14 September 2023 (Khamis). Serahan watikah pemangkuan tersebut turut disaksikan oleh Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Seluruh warga kerja JKR mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. KPKR di atas pemangkuan tersebut. Sesungguhnya pemangkuan ini pastinya menjadi pendorong kepada kecemerlangan JKR dalam peranannya menjayakan agenda pembangunan negara.

watikah kpkr

watikah kpkr

watikah kpkr