Date: Khamis, November 7, 2024

Rabu, 6 November 2024 - YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyampaikan watikah pemangkuan YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya ke Jurutera Gred Utama A secara Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuatkuasa 25 Jun 2024.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya atas pemangkuan tersebut.

Sesungguhnya pemangkuan ini pastinya menjadi pendorong kepada kecemerlangan JKR Malaysia dalam peranannya menjayakan agenda pembangunan negara.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat