Date: Jumaat, April 3, 2020

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam penyediaan rekabentuk dan pembinaan Pusat Kuarantin dan Rawatan #Covid19 Berisiko Rendah, MAEPS, Serdang. Turut sama membantu ialah agensi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi berkaitan.

Di antara skop yang dilaksanakan oleh pasukan rekabentuk fasiliti kesihatan dari JKR Malaysia adalah perancangan susunatur ruang, sirkulasi melibatkan pegawai perubatan, pesakit dan sisa klinikal, pengesahan terhadap spesifikasi binaan, integrasi keperluan teknikal dan perubatan merangkumi keperluan mekanikal dan elektrikal serta penyusunan semula keperluan kebombaan pasif dan aktif pada bangunan MAEPS sedia ada.

Berikut adalah antara himpunan foto di lokasi semasa Lawatan Kerja YB Dato' Sri Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia pada 3 April 2020.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada wira-wira yang tidak didendang ini. #jasakepadarakyat  #kitamestimenang