Melayu
Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2014 telah diadakan di Hotel Mahkota, Melaka selama 3 hari 2 malam bermula  pada 1 hingga 21 Oktober 2014. Mesyuarat yang bertemakan ‘Kompetensi Mentransformasikan Prestasi Organisasi’telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Hj Annies bin Md Arif, manakala majlis penutup pula telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr.Hasnul bin Mohamad Salleh merangkap Ketua Disiplin Awam JKR Malaysia. Pada tahun ini, mesyuarat yang melibatkan peserta seramai 161 orang dari semua gred bagi Disiplin Awam mempunyai dua objektif utama iaitu:- 
 
I.   Membentangkan Hasil Pencapaian Pelan Bisnes Displin Awam, 2014.
II.  Merangka Kaedah Pengukuran Tahap Kompetensi Displin Awam ke Arah    Pembangunan Kepakaran
 
Bersempena dengan mesyuarat pada kali ini, sebanyak dua kertas pembentangan yang telah dibentangkan dari Institute Engineers of Malaysia (IEM) yang bertajuk Challenges  for Civil Engineers in Transformation Era dan kertas pembentangan kedua pula dari CDC Consult Sdn Bhd yang bertajuk Competency Development & Measurement. Seterusnya mesyuarat pada kali ini adalah bertumpu kepada bengkel yang telah membincangkan berkenaan halatuju jurutera awam dalam JKR. Bengkel telah dipecahkan kepada  6 kumpulan utama bidang kejuruteraan awam iaitu 
 
i.   Kumpulan Infra (Kejuruteraan Jambatan, Geoteknik & Cerun,Maritim & Udara)
ii. Kumpulan Kejuruteraan Air
iii. Kumpulan Alam Sekitar
iv. Kumpulan Senggara (Jalan, Bangunan dan Aset)
v. Kumpulan Jurutera Daerah
vi. Kumpulan Sumber Manusia.
 
Adalah diharapkan supaya mesyuarat ini akan berjaya meningkatkan tahap kompetensi dan daya saing jurutera awam JKR di peringkat nasional seterusnya mencapai ke tahap antarabangsa. 
 
Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts