Melayu

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2015 – Satu Majlis Penyampaian Sijil Konservator Berdaftar Jabatan Warisan Negara telah diadakan pada 16 Jun 2015 di Dewan Mini Auditorium MATIC Jalan Ampang Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg Dr. Zainah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara selaku Pesuruhjaya Warisan Malaysia. Seramai 33 orang yang terdiri daripada Ahli Profesional, Pegawai Kerajaan, Ahli Akademik dan Kontraktor yang telah ditauliahkan sebagai Konservator Berdaftar Jabatan Warisan Negara. 2 orang Pegawai Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Ar. Zuraina Leily Awalludin, Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54) dan En. Saiful Fazli Ramli, Penolong Pengarah Kanan (J48) dari Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR telah ditauliahkan sebagai Konservator Berdaftar. Konservator Berdaftar merupakan mereka yang ditauliahkan oleh Jabatan Warisan Negara sebagai Pakar Teknikal dalam mengurus dan mengendalikan projek pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia.

  

Related Posts


Date: Rabu, Jun 17, 2015