Program pensijilan ini adalah terbuka kepada semua pegawai yang berkelayakan dalam bidang berkaitan berdasarkan kepada syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan dalam garis panduan program pensijilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran pegawai dalam bidang tertentu berdasarkan kepada piawaian yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, semua pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan dalam garis panduan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi berserta laporan berkaitan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 18 Julai 2018 kepada Urus Setia Program Pensijilan JKR Malaysia seperti alamat yang tertera di bawah:
Urus Setia Program Pensijilan JKR Malaysia
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah Melaka
No. Tel. : 06-551 2356/2351/2367/2218
E-mel : pensijilanjkr.jkr [at] 1govuc.gov.my
Garis panduan bagi Program Pensijilan JKR Malaysia Tahun 2018 adalah seperti mana berikut;
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Struktur Bangunan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Forensik Struktur Bangunan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kerja Sivil
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Alam Sekitar
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Jalan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Keselamatan Jalan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Jambatan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Geoteknik
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Cerun
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Lapangan Terbang
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Maritim
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Pengangkutan Darat
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Pengurusan Permintaan Bekalan Air
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Bekalan Air
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Awam – Kejuruteraan Senggara Jalan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal – Penyaman Udara
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal – Pencegah Kebakaran
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal – Pengurusan dan Kejuruteraan Woksyop
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Sistem Perubatan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal – Lif dan Eskalator
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Pengurusan Tenaga
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kelestarian Sistem Mekanikal
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Elektrik
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Senibina Landskap
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Konservasi Bangunan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Perancangan Fasiliti Kesihatan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Perancangan Senibina Keselamatan
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Hiasan Dalaman
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Rekabentuk Perbandaran Lestari
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Senibina Lestari
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Multimedia Senibina
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Forensik Senibina
- Garis Panduan Program Pensijilan Disiplin Arkitek – Rekabentuk Sejagat
- Garis Panduan Eksekutif Kos Pembinaan (Kumpulan Pelaksana)
- Garis Panduan Pengurus Kos Pembinaan (Kumpulan Pengurusan & Professional)
- Garis Panduan Pengukuran Kerja Awam (Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Professional)
- Garis Panduan Pengukuran Kuantiti Kerja-kerja Bangunan (Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Professional)
- Garis Panduan Pengurus Perolehan (Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Professional)
- Garis Panduan Eksekutif Pentadbiran Kontrak (Kumpulan Pelaksana)
- Garis Panduan Pengurus Pentadbiran Kontrak (Kumpulan Pengurusan & Professional)
- Garis Panduan Pengurus Tuntutan Kontrak (Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Professional)
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA PROGRAM PENSIJILAN JKR MALAYSIA
- 6452 bacaan