Inggeris
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuatkuasa 1 Julai 2015, menggantikan YBhg. Dato' Ir. Annies Md. Ariff yang telah bersara.
 
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman, kewibawaan dan kepakaran yang beliau miliki, kami mempunyai sepenuh harapan dan kepercayaan bahawa JKR akan lebih berdaya maju sebagai sebuah institusi teknikal kebanggaan negara.
 
Sukacita juga dimaklumkan YBhg. Dato' Ir. Dr. Roslan Md. Taha telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) berkuatkuasa 1 Julai 2015. Semoga pelantikan beliau ini akan memantapkan lagi gandingan pengurusan atasan Jabatan Kerja Raya.
 

Related Posts