Dihantar oleh adminjkr pada Kha, 23/04/2015 - 12:00am
Inggeris
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
JKR MALAYSIA buat julung kalinya telah menyertai INTERNATIONAL EXHIBITION OF INVENTIONS OF GENEVA 2015 yang berlangsung pada 15 hingga 19 April 2015 di Palexpo, Geneva, Switzerland. Pertandingan inovasi peringkat antarabangsa ini telah berjaya menyaksikan satu (1) projek inovasi JKR Malaysia diiktiraf oleh panel penilai.
Berikut merupakan butiran pemenang:
KETUA PEREKACIPTA | CAWANGAN | PROJEK INOVASI | ANUGERAH YANG DIMENANGI |
Dr. Nor Shahrene Binti Mohd Ibrahim | Cawangan Arkitek | Df-TOOL | 1.Pingat Perak 2.Special Award: Thailand Award for Best International Invention |
Buat masa ini, pihak JKR Malaysia sedang di dalam proses mengadaptasi penggunaan Df-TOOL di dalam Jabatan agar ianya dapat dimanfaatkan bersama. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ketua perekacipta dan ahli kumpulan serta urus setia CAWANGAN LATIHAN & INOVASI yang terlibat di dalam penyertaan ini. Diharapkan kejayaan ini dapat dimanfaatkan oleh JKR dan mendorong lebih ramai kakitangan JKR untuk berinovasi.


Related Posts
- 1093 bacaan