Inggeris
AUDIT PENSIJILAN SEMULA SIRIM SPK MS ISO 9001:2008 BAGI CAWANGAN-CAWANGAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
 
Sesi auditan bagi Pensijilan Semula SPK MS ISO 9001:2008 bagi Cawangan- Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia telah selesai dilaksanakan dalam tempoh 6 April 2015 hingga 10 April 2015. Sebanyak sembilan (9) lokasi tapak bina dan sembilan (9) lokasi pejabat di cawangan telah diaudit.  Keseluruhannya sebanyak 17 daripada 20 Cawangan telah terlibat dengan auditan pada kali ini. Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit masing-masing telah diadakan pada 9 dan 10 April 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F dengan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ir. Adanan B. Mohamed Hussain dan dihadiri oleh Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan, Penyelaras SPK/SPB Cawangan dan pasukan pengiring Cawangan.
 
Hasil auditan yang dilaksanakan,  pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd.  telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan Laporan Ketaakuran (NCR).  Walaubagaimanapun sebanyak 14 Peluang Penambahbaikan (OFI) telah dikeluarkan oleh pihak Auditor SIRIM. Pecahan OFI adalah seperti berikut:
 
Cawangan   Bil. OFI  
Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1)  3
Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim (CPUM)    3
Cawangan Kerja Pendidikan (CKP)  3
Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2)  2
Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC)    2
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK)    1
Kesimpulan yang dibuat oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi sesi auditan tahun ini ialah “Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia disambung semula untuk tiga (3) tahun seterusnya dengan pindaan skop bagi Site Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Site Cawangan Latihan dan Inovasi (CLI)”.
 
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Annies Bin Md Ariff dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Infra) YBhg. Datuk Ir. Adanan B. Mohamed Hussain selaku Wakil Pengurusan merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga JKR Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada sesi auditan tahun ini. Ucapan SYABAS dan TAHNIAH telah diberikan terhadap komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua staf sehingga selesai auditan dilaksanakan dan seterusnya JKR Ibu Pejabat Malaysia disambung semula Pensijilan MS ISO 9001:2008 untuk tiga (3) tahun lagi.
 
 
Disediakan Oleh : 
Urus Setia SPB
Bahagian Pengurusan Kualiti, CDPK 
14 April 2015.

Related Posts