Inggeris

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BANGUNAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL).

Bangunan 7 (tujuh) tingkat dengan 1951 lot parkir Hospital Kuala Lumpur ini telah dibina menggunakan sistem Industrial Building System (IBS) secara keseluruhannya (skor 100% IBS). Sebanyak 11,095 komponen konkrit tuang-dulu telah digunakan meliputi tiang, rasuk, papak, dinding lif, dinding parapet, tangga dan ramp. Proses pemasangan komponen hanya mengambil masa 198 hari sahaja dengan purata 56 bil sehari untuk menyiapkan keseluruhan superstruktur. Asas jenis rakit telah digunakan bagi mempercepatkan pembinaan berbanding cerucuk.

Fasiliti yang telah disediakan adalah:
1.    Parking Guidance System
2.    Auto Pay Machine dan kemudahan menggunakan Touch & Go
3.    Panic Button System untuk bantuan kecemasan pengguna
4.    6 Bilangan Lif termasuk 2 bilangan Lif yang boleh memuatkan Stretcher untuk pesakit
5.    PA System dan CCTV



Majlis penyerahan projek tersebut telah diadakan pada 5 Mac 2015 dengan serahan dokumen terima bangunan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Adanan B. Mohamed Hussain, Timbalan Ketua Pengarah JKR Malaysia kepada YBhg Datuk Farida Bt Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Projek ini amat membanggakan kerana dapat disiapkan di dalam masa 10 bulan sahaja daripada Tarikh Milik Tapak dan dapat menyelesaikan masalah parkir yang kronik di Hospital Kuala Lumpur dengan pendekatan strategik dalam perlaksanaan projek menggunakan IBS 100%. Ini membuktikan bahawa JKR mampu melaksanakan apa jua tugasan walaupun dengan kekangan yang mencabar bilamana diberikan mandat.

Sila klik di sini untuk gambar.

Related Posts