Dimaklumkan bahawa pegawai yang merancang untuk memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MSc) dan Kedoktoran (Ph.D) perlulah mendaftar nama kepada Unit Kompetensi, Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan (BPSK), CDPK untuk semua kategori pengajian seperti berikut:-
Bil | Jenis Permohonan Pengajian | Tahun Pengajian |
1 | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) | 2016 |
2 | Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Tajaan (Selain Hadiah Latihan Persekutuan - HLP) | 2015 |
3 | Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) | 2015 |
Pendaftaran ini hendaklah dibuat dengan menggunakan format seperti di Lampiran A.
Sila rujuk bidang pengajian dan sub-bidang pengajian yang menjadi keutamaan Jabatan seperti di Lampiran B.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah sampai ke pejabat ini sebelum atau pada 31 Disember 2014 dan dikemukakan melalui email kepada MHafizee [at] jkr.gov.my.
Related Posts
- 1034 bacaan