Inggeris
Y.Bhg. Dato’/ Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik 
 
Hari ini 8hb. Disember 2014 adalah hari terakhir saya sebagai Penjawat Awam dalam karier saya sebagai Arkitek di JKR Malaysia. Saya akan bersara wajib mulai 9hb. Disember 2014 setelah berkhidmat selama 34 tahun lebih di JKR. 
 
Di kesempatan ini saya memohon dari hujung rambut ke hujung kaki keikhlasan hati Dato'/Datuk/Tuan/Puan agar memaafkan saya atas segala kesilapan, kekhilafan dan kealpaan termasuk tingkah laku yg tidak menyenangkan samada semasa berurusan menjalankan tugas ataupun secara peribadi...samada yg disedari atau tak disedari. Diminta juga supaya dihalalkan semua yg termakan dan terminum.  
 
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga JKR atas perkongsian ilmu , kerjasama serta sokongan sepenuhnya yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya bersama JKR Malaysia. Ini membolehkan saya menjalankan tugas dengan sempurna dan lancar.
 
Saya berdoa kehadrat Allah swt semoga JKR Malaysia akan terus cemerlang dan memperolehi kejayaan agar pengujudannya sentiasa relevan, lebih perkasa dan diiktiraf sebagai Jabatan Teknikal yang disegani & disayangi oleh Kerajaan dan rakyat jelata . 
 
Akhir kata saya amat2 berharap semoga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan kekal selama lamanya. 
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
 
Terima kasih.
Dengan Ikhlas, 
 
Baharudin Abd Jalil
Pengarah Kanan Cawangan Arkitek
Ibu Pejabat JKR Malaysia
 
 
Dengan ini Jabatan Kerja Raya merakamkan sekalung syabas dan penghargaan kepada Y.Brs. En. Baharudin Bin Abd. Jalil di atas perkhidmatan yang cemerlang. Jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan sumbangan Y.Brs. En. Baharudin Bin Abd. Jalil selama 34 tahun dengan Jabatan. Selamat maju jaya dan selamat menempuh kehidupan baru di alam persaraan.

Related Posts