Inggeris
Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 17 dan 18 November 2014 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia yang mana beliau diwakili oleh Tuan Haji Sarani Bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya Malaysia. JKR Negeri Kedah berjaya menjadi tuan rumah bagi Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 di mana program kali ini memberi kelainan dari segi pengisian dan kehadiran tetamu yang hadir.
 
Program yang bertemakan " INOVASI PENCETUS TRANSFORMASI " dihadiri seramai 680 pegawai JKR dari seluruh Malaysia. Majlis ini juga turut disokong dengan kehadiran Rakan Strategik JKR daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYiPO) dan GENOVASI.
 
Aturcara program pada hari pertama dimulakan dengan Majlis Perasmian Hari Inovasi JKR Malaysia 2014, penyampaian Anugerah Inovasi JKR dan seterusnya perasmian Pameran Inovasi dan Industri. Pada hari kedua, program dimulakan dengan ceramah inovasi, disusuli dengan penyampaian sijil 5S, penyampaian sijil-sijil penghargaan, Anugerah KIK dan diakhiri dengan majlis penutup.
 
Dalam majlis penutup tersebut,  Ketua Pengarah Kerja Raya  dengan berbesar hati menyampaikan Watikah Pelantikan Tuan Rumah Hari Inovasi JKR Malaysia 2015 kepada JKR Negeri Pulau Pinang. 
 
.
Sila klik di sini untuk berita bergambar
 
 

Related Posts