Dihantar oleh adminjkr pada Sel, 08/07/2014 - 12:00am
Inggeris
Memandangkan Pengurusan Projek adalah bisnes utama JKR, adalah semestinya SEMUA warga JKR mempunyai kompetensi dalam Fundamental of Project Management (FPM). Bermula pada Julai 2014, Kursus FPM ini WAJIB dihadiri oleh pegawai JKR yang AKAN mengikuti Program Pensijilan Pengurus Projek JKR (Program Pentauliahan di PROKOM) dan Kursus Best Practice Project Management (Kursus Induk di BLP).
Sila KLIK disini untuk memuat turun Panduan Pengguna E Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) bagi Modul Fundamental of Project Management (FPM) serta sila KLIK disini untuk memuat turun Borang Penilaian Kursus EPSA.
Semoga warga JKR dapat mengikuti pembelajaran ini hingga memperolehi Sijil Tamat Kursus yang boleh diambil kira sebagai 3 hari dari 7 hari berkursus setahun dan mengembalikan Borang Penilaian Kursus EPSA kepada hannerita [at] jkr.gov.my bagi penambahbaikan Modul FPM ini.
Sila layari http://www.epsa.gov.my
Sebarang Kemusykilan bolehlah menghubungi Ir. Dr. Hannerita di talian 03 2618 7535 atau Pn Nurafina di talian 03 26187543 atau pun En. Mohamad Norazri di talian 03 2618 7545.
Salam EPSA – Learning Anywhere and Anytime,
Unit Kompetensi Pengurusan Projek
Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM)
Related Posts
- 1271 bacaan