Inggeris

Pada 21 Jun 2014 pihak JKR telah dipohon untuk menyampaikan satu taklimat mengenai Projek Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Fasa 1, 2 dan 3 Kg. Orang Asli Di Sungai Siput kepada MB dan Adun serta EXCO. Taklimat telah disampaikan oleh Dato’ Ir. Hjh. Azizah Bt. Osman (Pengarah II, CKBA) dan Tn.Hj. Zulkepli Bin Omar ( Jurutera Daerah, JKR Kuala Kangsar ). Majlis diikuti dengan sessi soal jawab , lawatan tapak serta majlis penyerahan.

 
Majlis Penyerahan Projek Bangunan Masjid RTC Fasa 1 (Pembinaan Masjid) telah diadakan dengan jayanya pada tanggal 21 Jun 2014 (Sabtu) sempena Program Walk About YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan ke Projek Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kg. Orang Asli Di Sungai Siput. Majlis penyerahan ini telah dilaksanakan oleh Pengarah JKR Perak,  Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal  Bin Hj. Ahmad yang mewakili  JKR kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia(JAKOA),Dato’ Hj. Mohd Sani Bin Mistam yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Dato’ Ir. Hjh. Azizah Bt. Osman (Pengarah II, CKBA).
 
 
Antara kemudahan kemudahan di Pembangunan Masjid ini adalah mimbar, tempat mandi jenazah, bilik imam serta bilik mesyuarat, tempat mengambil wuduk , ruang sembahyang utama untuk 500 orang, bekalan air bersih dan bekalan elektrik serta bangunan sokongan yang lain iaitu Balai Lintang. Pembinaan Masjid ini dikendalikan oleh Cawangan Kerja Bangunan AM selaku Pengurus Program, Pengarah JKR Negeri Perak sebagai Penolong Pengurus Program, Ketua Penolong Pengarah Bangunan JKR Negeri Perak selaku HOPT dan Jurutera Daerah JKR Kuala Kangsar sebagal Pegawai Penguasa Utama. Untuk pengetahuan Tempoh kontrak asal adalah 18 bulan tetapi projek ini telah disiapkan 6 bulan lebih awal oleh kontraktor yang dilantik dengan kos RM 1,645,653.45 iaitu Syarikat PRO ZAS Construction iaitu pada 9 Jun 2014 ( Tarikh siap mengikut kontrak pada 11 Jan 2015 ).
 
 
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak EPU, JPM,  KKLW dan JAKOA serta semua pihak yang telah menjayakan projek ini.
 
Sekian terima kasih.
 

 -Pejabat UPP8, CKBA, -

Related Posts