Inggeris

Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan selaku Pengarah Projek ingin menjemput cawangan-cawangan di JKR untuk mengadakan lawatan ke tapak projek ini bagi melihat kaedah penukaran bumbung membrane dijalankan. Tarikh lawatan yang dicadangkan adalah di antara 25 Mac 2013 sehingga 20 April 2013 agar pelawat dapat melihat sendiri kerja-kerja penukaran yang dijalankan. Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan di tapak dimulakan pada 16 Mei 2012 dan dijangka akan disiapkan pada 29 April 2013. Kos projek adalah RM 16.5 juta.

Pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selaku pelanggan telah meminta Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penukaran bumbung membrane yang telah rosak. Skop kerja yang terlibat adalah penukaran keseluruhan bumbung membrane stadium serta penggantian paip saliran hujan (rain water down pipe) yang rosak. Selain itu, skop seperti Pengurusan Sisa Pepejal, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Pengurusan Kualiti juga amat dititikberatkan. Pengurusan Sisa Pepejal dijalankan dengan menggunakan konsep cradle to cradle di mana bumbung membrane sedia ada yang dibuka dihantar ke kilang Texyloop di Switzerland untuk dikitar semula bagi mengasingkan  fabric fibre dan PVC untuk diguna semula. Selain itu, Spesifikasi Untuk Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Kerja-Kerja Kejuruteraan Pembinaan 2011 turut digunapakai dalam projek ini sejajar dengan Surat Arahan KPKR Bil. 1/2012.

Stadium Nasional merupakan pusat serta bangunan sukan yang utama dan paling menonjol di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia siap sepenuhnya pada 1 Januari 1998. Dengan kapasiti seramai 100,000 orang. Stadium Nasional merupakan stadium ke-25 terbesar di dunia dan merupakan stadium bola ke-9 terbesar di dunia.

Bumbung tension membrane structure merupakan salah satu pembinaan canggih yang terdapat di Kompleks Sukan Negara yang mana teknologi ini dibawa dari Negara Jerman. Bumbung ini digunakan memandangkan ia merupakan salah satu struktur yang unik sejajar dengan pembinaan Kompleks Sukan Negara yang mahukan kelainan semasa penganjuran Sukan Komenwel 1998.

Bumbung ini dibina khusus untuk melindungi penonton dari cahaya matahari dan hujan. Kabel dan struktur bumbung membrane dibina tanpa menggunakan tiang dengan keluasan keseluruhan permukaan bumbung berukuran 38,000 meter persegi. Bumbung ini dibahagikan kepada 36 panel dengan anggaran keluasan 1500m2 ke 1900m2 dengan berat setiap panel di antara 1.5 tan hingga 1.9 tan.

Untuk sebarang maklumat tambahan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai pejabat ini, En. Mohamad Niizar Bin Abdurahman di talian 03-26107246 / 019-4339035 atau email mniizar [at] jkr.gov.my.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Related Posts