Inggeris

Untuk makluman, Bahagian Dasar Sumber Manusia (BDSM) telah menggunakan Borang PPKPCFS/JKR/2011 sebagai Borang Permohonan Pertukaran Penempatan CFS. Pegawai yang berminat untuk memohon pertukaran, boleh memuat turun borang dan melengkapkan borang baru tersebut. Pegawai diingatkan untuk mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan/Fasilitator CFS di pejabat masing-masing dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke pejabat ini selewat-lewatnya pada 30 Januari 2013. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, pegawai boleh terus berhubungan dengan Cik Nurul Hidayah Binti A Aziz di talian 03-2610 8111. Kerjasama Pegawai berhubung perkara di atas amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Bahagian Dasar Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat JKR

Related Posts