Dihantar oleh adminjkr pada Sel, 11/08/2015 - 12:00am
Inggeris
11 Ogos 2011 - Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kerja Raya 2015 telah diadakan pada 11 Ogos 2015 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid untuk mengeratkan hubungan diantara kakitangan yang bertugas di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Majlis diserikan dengan kehadiran para jemputan diantaranya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajah Nancy Hj Shukri dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Turut hadir Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir.Hj. Adanan bin Mohamed Hussain, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md Taha dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) Dato' Sr Abdull Manaf bin Hj Hashim.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Caliph Buskers.
Related Posts
- 1597 bacaan