Date: Khamis, Disember 5, 2019

(MUAT TURUN SLAID PEMBENTANGAN MENGIKUT TAJUK DI DALAM ARTIKEL)

Hari kedua serta Majlis Penutup Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2019 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, 4 Disember 2019.

Di antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang pagi hari kedua Sambutan HPTN 2019 adalah seperti berikut:

1. Pameran Teknikal, Kerjaya dan Akademik

2. Pembentangan Teknikal, Akademik dan Selebriti:

Pembentang: Dr. M Faizal bin Sedaralit
Tajuk: Building World-Class Industry-Competent Scientists (slaid pembentangan tidak diterima)
Agensi/Syarikat/Institusi: Petronas

Pembentang: Dr. Ridhwan bin Jumaidin
Tajuk: Plastic From Plants
Agensi/Syarikat/Institusi: Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM)

Pembentang: Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan bin Basri
Tajuk: Profesyen Kejuruteraan di Malaysia: Ke Arah Kecemerlangan Peringkat Dunia
Agensi/Syarikat/Institusi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pembentang: Datuk Ir. Hj. Wan Nazri bin Wan Aria (Perekabentuk Menara Jam Mekah)
Tajuk: Emerging Technologies In Engineering Development

Pembentang: Mr. Nick Morecock
Tajuk: Digital Engineering Driving the Construction Industry
Agensi/Syarikat/Institusi: MMC Gamuda

Pembentang: Prof. Dato’ Dr. Khairanum binti Subari
Tajuk: Pembangunan Tenaga Mahir 4.0
Agensi/Syarikat/Institusi: Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

Pembentang: Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Angkasawan Negara)
Tajuk: Kembara Ke Angkasa Bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar (slaid pembentangan tidak diterima)

3. Pertandingan E-Sport

4. Pertandingan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) antara sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Acara diteruskan pada sebelah petang dengan Majlis Menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) antara LLM dan NIOSH bagi Pelaksanaan Program Akreditasi Expressway Operation Safety Passport (EOSP) Lebuhraya Bertol di Malaysia, dan seterusnya acara Penganugerahan Anugerah Penarafan Lebuhraya Hijau (MyGHi) oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia. Majlis Penutup HPTN 2019 diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan STEM, e-Sport & Futsal oleh YBhg. Dato’ Dr. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, seterusnya diakhiri dengan Ucapan Penutupan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Pihak penganjur utama mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pempamer, pembentang, ahli jawatan kuasa kerja serta semua yang telah hadir bagi menjayakan sambutan HPTN 2019 yang julung kalinya diadakan di peringkat negara ini. Semoga bertemu kembali dalam penganjuran program yang akan datang.