HARI KETIGA MESYUARAT JURUTERA AWAM 2015, HOTEL MS GARDEN KUANTAN PAHANG

Program hari ketiga dan penutup Mesyuarat Jurutera Awam dimulakan dengan Pembentangan Pencapaian Pelan Bisnes Awam 2016-2018 oleh KPPK Caw Pangkalan Udara dan Maritim Ir. Mohamed Amin bin Kasim. Beliau telah menerangkan objektif, inisiatif dan hasil daripada Pelan Bisnes Awam 2016-2018 oleh cawangan tersebut. Beliau juga menerangkan mengenai peranan dan skop kerja di Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Miritim.

Majlis diteruskan dengan pembentangan Pelan Bisnes Awam 2016-2018 yang terakhir iaitu dari Cawangan Jalan yang dibentangkan oleh Pengarah Cawangan Jalan, Ir. Ab Manan bin Embong.  Beliau menerangkan mengenai cara-cara pelaksanaan,  peningkatan dan juga inovasi yang telah dilaksanakan oleh Cawangan Jalan. Beliau juga mensasarkan seramai 75 orang Jurutera Awam akan mendapat Pensijilan Kompetensi sehingga tahun 2018. Beliau juga memohon pegawai –pegawai diperingkat negeri dan daerah untuk sama-sama mempromosikan kompentasi jalan.

Majlis seterusnya ke Pembentangan Rumusan Hasil Pelan Pembangunan Pelan Bisnes Awam 2016-2018 yang telah dibentangkan oleh Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa. Beliau merumuskan sehingga tahun 2018 sebanyak 60 peratus Jurutera Awam akan mendapat pensijilan kompetensi di dalam semua bidang kepakaran. Beliau juga menekankan bahawa setiap cawangan dan bahagian perlu fokus kepada jawatan Penolong Jurutera yang mempunyai ijazah, Pegawai J41 dan J44 untuk mendapatkan pensijilan kompetensi bagi merialisasikan sasaran 60% Jurutera Awam yang mempunyai pensijilan kompetensi pada tahun 2018. Beliau juga menyarankan agar setiap cawangan mempromosikan dengan lebih giat lagi pensijilan masing –masing melalui Facebook dan sebagainya. 

Majlis berhenti rehat jam 10.00 pagi dan bersambung semula jam 10.15 pagi dengan Sesi Town Hall bersama Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Dato’ Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Pengarah Caw. Pangkalan Udara dan Maritim, Dato’ Dr. Meor Abd Aziz bin Osman,Pengarah Caw. Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ir. Norma binti Norman, KPPK Caw. Perancangan Aset Bersepadu, Ir. Hj. Roslan bin Abd Ghani dan juga KPPK Caw Dasar dan Pengurusan Korporat, Ir. Hj. Hashim bin Buyu. 

Mesyuarat Jurutera Awam Tahun 2015 ini diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Ybhg. Dato’ Ir. Dr. Roslan Md Taha.