Date: Rabu, Disember 4, 2019

(MUAT TURUN SLAID PEMBENTANGAN MENGIKUT TAJUK DI DALAM ARTIKEL)

Hari pertama Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2019 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, pada 3 Disember 2019.

Sambutan HPTN bertemakan ‘Profesion Bidang Teknikal Teras Kemakmuran Bersama’ buat julung kali itu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa disumbangkan profesion teknikal dalam landskap pembangunan negara.

Pelancaran Sambutan HPTN 2019 dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Tuan Baru Bian, dan seterusnya dirasmikan secara rakaman video oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di dalam ucapannya beliau berkata, pekerja bidang teknikal perlu dilengkapkan dengan kemahiran terkini secara ‘upgrade’ dan ‘upscaling’ berdasarkan perkembangan teknologi dan keperluan industri masa hadapan. Menurut beliau lagi, ia selaras dengan perkembangan global terkini, khususnya Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) berpaksikan kepada teknologi terkini yang menyasarkan persekitaran industri, ekonomi dan kehidupan lebih pantas, pintar dan dinamik.

Kejayaan sesebuah negara tidak akan dapat dicapai tanpa adanya sumber tenaga kerja terlatih, kompetitif dan mempunyai kepakaran dan keupayaan terkini. Beliau berkata, negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman menekankan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai agenda utama pendidikan untuk menghasilkan lebih ramai profesion teknikal.

Katanya lagi, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memastikan STEM dan TVET diutamakan. Menurutnya, di negara maju profesion teknikal memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara, sebagai contoh tujuh daripada 10 syarikat terbesar negara di Jerman bernilai Euro 170 bilion adalah berasaskan teknikal seperti ICT, telekomunikasi dan automotif. Negara maju berkenaan sentiasa menekankan inovasi dan penghasilan teknologi terkini, sehingga menjadi antara negara paling banyak mendaftar paten antarabangsa.

 

Di antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang hari pertama Sambutan HPTN 2019 adalah seperti berikut:

1. Pameran Teknikal, Kerjaya dan Akademik

2. Pembentangan Teknikal, Akademik dan Selebriti:

Encik Azrin bin Aris
Tajuk: Mengoptimumkan Kos Operasi Melalui IoT & Big Data
Agensi/Syarikat/Institusi: TM One, TM Malaysia

Pembentang: Mr Ooi Joon Kit
Tajuk: Advance Cooling Technology For Server Room
Agensi/Syarikat/Institusi: Acson Malaysia Sdn Bhd (Platinum)

Pembentang: Puan Heryanti Hilmi
Tajuk: Program Pentauliahan Penyeliaan dan Pengurusan CIDB
Agensi/Syarikat/Institusi: Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB (Platinum)

Pembentang: Dato’ Norman Bin Abdul Halim KRU
Tajuk: Opportunities In The Creative Industry

Pembentang: Encik Senthil Balan A/L Danapalan /
Syed Othman bin Syed Salim
Tajuk: Unlocking The Economic Benefits of Infrastructure Development / Modernization Through World Class Connectivity and IoT Adoption
Agensi/Syarikat/Institusi: MAXIS (Platinum)

Pembentang: Nurizzati Athirah binti Muhamad Yusoff
Tajuk: Jurukimpal Wanita Dalam Air Bertaraf Antarabangsa Memecah Dominasi

Pembentang: Ir. Abdul Aziz bin Omar
Tajuk: Teknologis Kejuruteraan
Agensi/Syarikat/Institusi: Lembaga Jurutera Malaysia, BEM

3. Pertandingan E-Sport

4. Pertandingan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) antara sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk sama-sama sesi hari kedua pada hari ini, 4 Disember 2019. Pendaftaran adalah PERCUMA.