Date: Selasa, April 12, 2022

Dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KKR sedang menjalankan urusan pemangkuan bagi Kumpulan Pelaksana Gred 2 – 16. Sehubungan itu, dimohon kerjasama pihak tuan untuk memaparkan iklan kekosongan pemangkuan ini di dalam laman web Jabatan Kerja Raya. 

Bersama-sama ini dilampirkan satu (1) salinan iklan pengisian jawatan-jawatan pemangkuan seperti yang tersebut dibawah : 

Kumpulan Pelaksana (Gred 2 - 16) 

          

a)    Pemandu Kenderaan Gred H14                     

b)    Operator Loji Gred H14
 

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Mei 2022. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila klik link dibawah untuk melihat lampiran

Lampiran 1

Lampiran 2 (Iklan Jawatan Pemangkuan)