Date: Jumaat, Mei 8, 2020

KLIK UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN PDF

Infografik PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU PENCEGAHAN COVID-19 DI PREMIS JKR MALAYSIA seperti link di atas bertujuan untuk memberi panduan ringkas dan segera kepada warga JKR untuk membudayakan norma baharu bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran virus COVID-19 di premis kerja masing-masing.

Selain langkah pembudayaan norma baharu untuk warga JKR dan pelawat sebelum, semasa di pejabat dan menghadiri mesyuarat, kemaskini baharu ini ditambahbaik dengan norma baharu di ruang lobi lif dan lif penumpang, pantri pejabat, surau, kafetaria serta penggunaan kenderaan pejabat.

Dokumen ini boleh dicetak dengan saiz optimum A3 dan ditampal di lokasi strategik premis JKR dalam tempoh penularan wabak Covid-19 ini. 

Kandungan infografik diolah berdasarkan dokumen Garis Panduan Kehadiran Ke Pejabat/ Lokasi Dalam Tempoh Penularan Jangkitan Wabak COVID-19 di Jabatan Kerja Raya, Terbitan Bahagian Penyelarasan Khidmat Sokongan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Mei 2020.