Date: Jumaat, Februari 19, 2016
Khamis, 18hb Feb 2016, jam 2.30 petang - JKR Malaysia telah menerima kunjungan hormat 8 orang delegasi daripada Timbalan Dekan dan Ketua-ketua Jabatan UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Majlis perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Ir Hj Adanan Mohamed Hussain; Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Ir.Dr.Roslan b Md Taha, TKPKR (Sektor Infra),Dato'Ir.Dr.Hasnul bin Mohamad Salleh TKPKR (Sektor Bangunan) dan pegawai-pegawai kanan pelbagai Cawangan.
 
Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan beberapa cadangan daripada UTHM bagi kerjasama 'Win-Win' antara kedua belah pihak; Pusat Pengajian Tinggi Malaysia dan Agensi Teknikal Kerajaan yang terbesar.
 
Antara yang dibincangkan adalah peluang penempatan staf Akademik UTHM di JKR untuk memenuhi keperluan menjadi seorang Professional Engineer, pergerakan staf antara kedua belah pihak, kolaborasi penyelidikan, peluang pegawai JKR mendapatkan akses kepada bahan-bahan ilmiah UTHM dan juga pandangan professional bagi menghurai masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh kedua belah pihak.
 
Sesungguhnya kunjungan dan perbincangan ini membuka ruang kepada kerjasama yang erat lagi sama-sama menguntungkan di antara satu Pusat Pengajian Tinggi Negara dan JKR sebagai pelaksana projek-projek kerajaan, pengurusan fasiliti dan perunding teknikal Kerajaan.
Ini adalah perbincangan awalan sahaja dan diharapkan ia akan membuka jalan kepada perhubungan yang lebih baik di masa akan datang.