Date: Khamis, March 17, 2016
Seminar On Geotechnical Earthquake Engineering In Malaysia telah diadakan pada 1-2 Mac 2016 bertempat di The Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. 
 
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hj. Fadillah bin Hj. Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia dan ucapan aluan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha.Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia di hari pertama seminar ini.
 
Seminar ini adalah anjuran bersama Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Road Engineering Association of Malaysia (REAM) dengan rakan kolabarasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).
 
Objektif seminar adalah memperolehi pengetahuan dan kefahaman yang komprehensif berkaitan gempabumi terutama dalam bidang kejuruteraan geoteknik. Selain daripada itu ianya dapat memberikan pengetahuan dalam bidang pengurusan risiko dalam bencana alam, perkongsian pengetahuan dan kepakaran, pengumpulan maklumat yang sistematik dari agensi dalaman dan luar negara serta meningkatkan usaha bagi memupuk kesedaran bencana dari segi keselamatan dan operasi/prosidur menyelamat.
 
Seminar ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang amat baik daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta agensi swasta. Seramai 354 peserta telah hadir seminar yang berlangsung selama dua (2) hari berserta 15 penyertaan gerai pameran.
 
Sebanyak empat belas (14) kertas kerja yang terdiri daripada 13 penceramah yang dijemput telah berjaya menarik perhatian peserta dengan topik-topik kertas pembentangan masing-masing. Penceramah adalah terdiri dari kalangan ahli professional dan para akademik tempatan dan luar negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.Kertas-kertas pembentangan oleh para penceramah adalah seperti berikut:-
 
 
(b)Prof. Dr. Deepankar Choudhury – Geotechnical Earthquake Engineering (link is external)
 
 
 
 
 
(g)Dato’ Zakaria Mohamad – Application of Advanced LIDAR Technology For Assessing Impact of Earthquake in Kundasang
 
 
 
(j)Prof. Dr. Felix Tongkul – Post Earthquake Impact : The 2015 Ranau Case 
 
(k)Prof. Ir. Masyhur Irsyam – Development of Seismic Hazard and Risk Maps for New Seismic Building and Infrastructure Codes in Indonesia
 
(l)Prof. Ir. Dr. Hj. Ramli bin Hj. Nazir – Neighbouring Earthquake : Are We Aware of The Consequences 
 
 
(n)Mr. Michael Dobie – Analysis, Design and Performance of Reinforced Soil Structure in Strong Earthquake
 
Ucapan penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ir. Dr. Hj. Mohamed Nor bin Omar, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik JKR Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur pada 2 Mac 2016.