Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
 
Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan  
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Dimaklumkan bahawa JKR Malaysia sedang dalam usaha mencapai markah peratusan yang tinggi untuk indeks pemarkahan bagi Sistem Penarafan Bintang (System Star Rating - SSR 2015). Justeru, kami sedang menjalankan kaji selidik berkenaan dengan pengukuran tahap kepuasan warga JKR (Indeks Kepuasan Pekerja - ESI) disamping membuat penambahbaikan dalam mutu perkhidmatan di jabatan ini. 
 
3.         Sehubungan dengan itu, warga JKR di bawah lantikan PERSEKUTUAN adalah diwajibkan untuk menjawab kaji selidik ESI JKR secara online yang terdapat di laman web JKR ataupun melalui URL http://survey.jkr.gov.my/index.asp?pid=7  dengan menggunakan PELAYAR INTERNET EXPLORER sebelum atau selewat-lewatnya 30 Oktober 2015.
 
4.         Untuk login kali pertama, sila daftar dengan memasukkan no. kad pengenalan dan seterusnya ikut arahan yang diberikan. Lampiran manual (link is external) berkenaan cara-cara untuk mendaftar turut disertakan sebagai rujukan. Sebarang pertanyaan berhubung kaji selidik ESI 2014/2015 ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:-
 
    a.   Nama     : HARLIZA HANIS BINTI ABD RAZAK
          Telefon  : 03-2618 865303-2618 8653
          E-mel     : HarlizaH [at] jkr.gov.my
 
 
    b.   Nama     : AIDATUL AKMAL BINTI MAHMUD
          Telefon  : 03-2618 849103-2618 8491
          E-mel     : aidatul [at] jkr.gov.my
 
5.   Kerjasama Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam menjayakan pelaksanaan kaji selidik ini amatlah dihargai dalam menjadikan JKR sebagai sebuah organisasi yang cemerlang dan terbilang.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Daripada:
 
Urusetia ESI
Cawangan Pengurusan Korporat
JKR Malaysia