Date: Jumaat, April 27, 2018

Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) bil. 2/2018 telah meluluskan sembilan (9) Bidang Kepakaran SME bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Dengan ini, JKR Malaysia mempelawa calon-calon di bawah penyeliaan JKR yang berkelayakan untuk memasuki laluan ini dan menjadi Pegawai SME JKR Malaysia bagi bidang-bidang kepakaran berikut:




Petunjuk :


Calon-calon yang berminat adalah layak dipertimbangkan berdasarkan syarat asas seperti berikut:-
a.         Berdaftar dengan Lembaga Profesional;
b.         Pegawai berada di gred hakiki J48/ J52/ J54 (mengikut tahap kepakaran);
c.         Berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
d.        Telah berkhidmat dalam bidang dan sub bidang kepakaran seperti permohonan sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
e.         Mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut (Purata 90% mengikut wajaran yang ditetapkan);
f.          Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
g.         Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
h.         Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
i.          Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/Tabung Pendidikan

Calon-calon yang melepasi syarat asas, kemudiannya akan melalui penilaian syarat umum dan syarat khusus seperti berikut :





Jawatankuasa Kerja (JKK) akan melaksanakan penilaian ke atas permohonan yang diterima dan calon-calon yang berjaya melepasi kesemua penilaian, akan dibawa ke Jawatankuasa Induk (JKI) bagi tujuan perakuan sebelum diangkat untuk Pertimbangan Mesyuarat LKPPA. Calon yang berjaya diiktiraf sebagai Pegawai SME oleh LKPPA akan diberi satu (1) gred pemangkuan yang lebih tinggi dan perlu melaksanakan tugasan SME Special Assignment (SSA).

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang berikut :

a.         Lampiran A - Borang Permohonan SME (disertakan bersama dokumen-dokumen pembuktian yang dijilidkan dengan sebahagian dokumen disahkan); dan 
b.         Lampiran B - Surat Akuan Pinjaman Pendidikan.
c.         Lampiran C - Borang Penilaian SME

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR sebelum atau pada  22 Mei 2018 di alamat:

Ketua Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 30, Menara Kerja Raya (Blok G)
Jalan Sultan Salahuddin
50480 KUALA LUMPUR
bpsk [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))                                 

Sebarang pertanyaan berhubung urusan permohonan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut:

  1. Ir. Zorina Binti Abd Hamid                                          -           03-2618 8652
    zorina.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))
  2. Nur Fatihah Binti Abdullah                                          -           03-2618 8654
    Fatihah.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))

Hanya permohonan daripada calon-calon yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam hebahan ini akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.