Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2021 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2021, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk / Dato’ / /Datin / Tuan / Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg. Dato’ KPKR dengan nombor rujukan (32) dlm.JKR.KPKR:114.020.070/070/1 Jld.11 bertarikh 27 Julai 2021:
BIL | ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN | PENYERTAAN | MUAT TURUN GARIS PANDUAN |
---|---|---|---|
1. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN JKR DAERAH TERBAIK | WAJIB kepada semua JKR Negeri mengemukakan pencalonan |
|
2. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEJABAT TERBAIK | WAJIB kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat / CREaTE / JKR Wilayah Persekutuan |
|
3. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK KATEGORI: PROJEK RM500 RIBU - RM 20 JUTA | TERBUKA kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
4. | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PEMBINAAN TERBAIK KATEGORI: PROJEK > RM 20 JUTA | TERBUKA kepada semua Cawangan JKR Ibu Pejabat / JKR Wilayah Persekutuan / JKR Negeri / JKR KESEDAR / Unit JKR Tentera | |
5 | ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PROJEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TERBAIK | Penyertaan adalah berdasarkan keputusan penilaian Audit Dalaman SPKKP (SPOSH) oleh Urus Setia Induk KKP JKR Malaysia |
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan Ibu Pejabat / Negeri / Wilayah Persekutuan / JKR KESEDAR dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah ini. Permohonan penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di eanugerah.jkr.gov.my (link is external) sahaja. Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 30 Ogos 2021 (Isnin).
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah JKR Malaysia 2021 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Anugerah JKR Malaysia
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Tingkat 31, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
50480 Kuala Lumpur
03-2618 8695 / 8685 / 8682 / 8404
- 1625 bacaan