Date: Jumaat, Mei 31, 2024

Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia Tahun 2024 (SOC 2024) bertemakan “#KitaJKR: Teguh Berdiri, Memenuhi Harapan” telah diadakan dengan jayanya pada 27 – 29 Mei 2024, bertempat di KSL Espalanade Hotel, Klang, Selangor.

Tema pilihan tahun ini mencerminkan aspirasi JKR sebagai agensi teknikal utama negara untuk terus teguh berdiri menerajui industri pembinaan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pemegang taruh, sejajar dengan kedewasaan dan kematangan JKR yang telah menjangkaui usia 150 tahun yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.

Objektif utama penganjuran persidangan tahunan ini adalah menyediakan platform perbincangan intelektual untuk menjana pemikiran kritis di kalangan pegawai-pegawai kanan JKR melalui perkongsian pengalaman, penerokaan ilmu dan teknologi baharu lagi inovatif waima menjadi wadah bagi mencari solusi dalam usaha memperkasakan perkhidmatan ke arah membangun Malaysia MADANI yang mampan dan sejahtera.

Persidangan yang bermula pada 27 – 29 Mei 2024 ini melibatkan penyertaan seramai 450 orang pegawai-pegawai kanan JKR seluruh Malaysia. Sebanyak empat (4) kertas kerja telahdibentangkan, lima (5) kertas diskusi, satu (1) bicarawara, dua (2) Memorandum Persefahaman dan pelancaran empat (4) produk dan sistem seperti berikut:

 HARI PERTAMA,  27 MEI 2024 (ISNIN)



Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia tahun ini dimulakan dengan ucapan aluan YBrs. Tuan Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, yang menjalankan tugas Pengarah JKR Negeri Selangor selaku tuan rumah SOC tahun 2024. Majlis kemudian disusuli dengan ucapan YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya, manakala ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Turut hadir pada majlis perasmian SOC 2024 adalah YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia.

1. (Muat turun slaid iringan Ucapan Perasmian YB Timbalan Menteri Kerja Raya)

2. Pautan Rakaman Video Perasmian SOC 2024 (link is external)

Aturcara majlis diteruskan dengan sesi penyampaian Anugerah JKR Malaysia Tahun 2024 yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Berikut adalah senarai penerima Anugerah JKR Malaysia Tahun 2024:

Majlis diteruskan dengan sesi pelancaran dan sesi Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) seperti berikut:

  1. Pelancaran Sistem Value At Entry (VAE) Online
  2. Pertukaran Dokumen Memorandum of Understanding (MoU) Between The Government of Malaysia and Stellar Sustainable Solutions Sdn. Bhd.; dan
  3. Memorandum Persefahaman (MoU): Kerjasama JKR – UM Dalam Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Bidang Pengurusan Nilai (Value Management) Dalam Pengurusan Aset menyeluruh (Total Asset Management).

Seterusnya pada jam 2.30 petang, majlis diteruskan lagi dengan Ucaptama YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya kepada semua peserta.
 

(Muat turun Ucaptama KPKR)

(Muat turun slaid Iringan Ucaptama KPKR)

Usai Ucaptama KPKR, persidangan diteruskan dengan dua (2) pembentangan kertas kerja iaitu :

Kertas Kerja 1: Pengurusan Projek Madani – Membongkar Ketirisan,Memperkukuh Tatakelola, Mengadaptasi Digital

Pembentang: YBrs. Sr Dr. Muhamad Rosdi bin Senam. 
                       Jurukur Bahan Penguasa Kanan,
                       Tenaga Pakar (Forensik Kejuruteraan),
                       Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Kertas Kerja 2: Keterlibatan Jabatan Kerja Raya Dalam Perancangan dan Penyedian Infrastruktur Jaringan Jalan Raya : Merealisasikan Halatuju Strategik Rancangan Selangor Pertama (RS-1)

Pembentang: YBrs. Ir. Mohd Asri Bin Md Isa
                      Jurutera Awam Penguasa
                      JKR Negeri Selangor

Sesi Pembentangan Kertas Kerja berakhir pada jam 5.00 petang dan persidangan bersambung semula pada Selasa, 28 Mei 2024.

 HARI KEDUA/ 28 MEI 2024

SOC 2024, hari kedua dimulakan dengan sesi Bicarawara: Memeta Transisi Pelan Strategik JKR Malaysia. Moderator bagi sesi ini adalah  YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin . Pecahan diskusi program bicarawara adalah:

Diskusi 1: Kecemerlangan Pengurusan Aset Menyeluruh

Panel Jemputan: YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail
                            Pengarah Kanan,
                            Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Diskusi 2: Quality of Delivery Ensures Client’s Expectation

Panel Jemputan: YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md Hashim
                            Pengarah Kanan,
                            Cawangan Kerja Bangunan Am 1

Diskusi 3: Cabaran dan Solusi ke Arah Kecermelangan Teknikal

Panel Jemputan: YBhg. Ir. Noreha binti Nordin
                            Pengarah Kanan,
                            Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur

Diskusi 4: Permerkasaan Pembangunan Lestari .

Panel Jemputan: YBrs. Ar. Sharina Intan binti Abdullah
                            Pengarah Rekabentuk,
                            Menjalankan Tugas Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek

Diskusi 5: Cabaran dan Solusi ke Arah Organisasi Yang Berinovatif

Panel Jemputan: YBrs. Ir. Noor Ashikin binti Md. Tamimi
                            Pengarah Perkhidmatan Pakar,
                            Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Sesi petang kemudian diteruskan dengan dua (2) lagi pembentangan kertas kerja iaitu:

Kertas Kerja 3: PETRONAS: Towards and AI-Ready Organisation                 

Pembentang: YBhg. Datin Ts. Habsah bt Nordin
                      Chief Al Officer at Petronas Al Center of Excellence

Kertas Kerja 4: Transforming JKR: Leading Malaysia Towards a Smart and Sustainable Future

Pembentang: YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim
                      Chairman and Advisor
                      MRCB Builders Sdn. Bhd.

Sesi pembentangan kertas kerja berakhir pada jam 5.00 petang. Persidangan Pegawai Kanan (SOC) bersambung pada hari Rabu, 29 Mei 2024.


HARI KETIGA/ 29 MEI 2024

SOC 2024 hari ketiga dimulakan dengan tiga (3) Sesi Perlancaran iaitu:

  1. Produk Inovasi JKR, Multi Measurement Kit (MMK) Bersama Yayasan Inovasi Malaysia
  2. Health Facilities Guidebook – Components of Clinical and Non-Clinical Material (2023 Edition); dan
  3. Modul Perolehan Reka dan Bina, Sistem JKR E-Tender (JET)


Selepas itu, Sesi Penggulungan Bersama Pengurusan Atasan diteruskan untuk merumuskan keseluruhan Persidangan Pegawai Kanan pada tahun ini.

Sebagai tanda penghargaan, sijil diserahkan kepada Tuan Rumah SOC 2023 oleh YBrs. Tuan Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Selangor yang menjalankan tugas Pengarah JKR Negeri Selangor oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya.

Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia 2024 (SOC 2024) diakhiri dengan Sesi Penyampian Sijil Watikah kepada Tuan Rumah SOC 2025 melalui YBrs. Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu.

1.Pautan Rakaman Video Penyampaian Sijil Penghargaan & Sijil Watikah (link is external)

2.Pautan Rakaman Video Persembahan Penutup Majlis SOC 2024 (link is external)

3.Koleksi Gambar Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia Tahun 2024 (SOC 2024)

Jumpa lagi di Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2025 di Negeri Terengganu.

#KitaJKR: Teguh Berdiri, Memenuhi Harapan.