PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
Laporan pencapaian piagam pelanggan bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia akan dikemaskini pada setiap sukuan tahun.
PIAGAM PELANGGAN
1. PENGURUSAN PROJEK
1.1 Fasa Prapembinaan
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.
1.2 Fasa Pembinaan
2.SELENGGARA ASET
2.1 Jalan
- Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dala mtempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima
- Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
- Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.
2.2 Bangunan
- Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari
- Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan
2.3 Mekanikal
Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:
|
1 hari |
|
3 bulan |
|
3 minggu |
|
1 tahun |
|
1 tahun |
- Untuk kerosakan yang biasa 1 hari
- Untuk kerosakan yang rumit 7 hari
3. KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL
3.1 Kejuruteraan Cerun
Tindakan yang diambil apabila berlakunya:
a) Runtuhan cerun berskala besar
- Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian
- Laporan awal disediakan dala mtempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak
b) Runtuhan cerun berskala kecil
Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:
- Keadaan yang memerlukan penyiasatan tanah - 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh
- Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak - 2 minggu dari tarikh lawatan tapak
c) Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh satu 1 minggu selepas lawatan dibuat.
3.2 Kejuruteraan Senggara
- Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima
- Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima
- Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
- Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima
- Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak
- Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dam pemantuan diterima
4. PENGURUSAN ADUAN
4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR
Tempoh tindakan diambil
- Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
- Maklumbalas terhadap aduan 7 hari
- Penutupan aduan 2 bulan
- Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
- Maklum balas aduan7 hari
5. PENGURUSAN KEWANGAN
Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima
" PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"
- 4890 bacaan