Date: Khamis, September 21, 2023

Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah berjaya menganjurkan Sambutan Karnival Kesihatan Peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia Tahun 2023 pada 14 September 2023 (Khamis) bertempat di Aras Plaza, Blok G pada jam 930 pagi sehingga 1 petang.

Karnival ini dimulakan dengan sesi aerobik diketuai oleh Pn. Nirlyana binti Buang dan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan) semasa sesi walkabout program berkenaan dijalankan. Karnival ini juga adalah selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu suatu pendekatan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan serta intervensi yang komprehensif dalam pembudayaan hidup sihat dan kelestarian kebersihan persekitaran.

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pejabat Kesihatan Kepong, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Antara aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan kesihatan dan pergigian, optometri, pameran penyalahgunaan dadah, larangan dan bahaya merokok, bahaya denggi, panduan pemakanan dan diet sihat dan pengendalian ubat. BPKS, CDPK telah menerima kunjungan seramai 158 orang. Adalah diharap karnival ini dapat memberi manfaat kepada warga JKR dan semoga kerjasama antara agensi luar ini dapat di teruskan pada masa hadapan.

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr

karnival kesihatan jkr