Date: Isnin, April 12, 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon mengikuti Pengajian Peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran secara Separuh Masa bagi sesi September/Oktober 2021 dalam :

  1. Sarjana Kejuruteraan Rel,
  2. Sarjana & Ijazah Kedoktoran Penulisan Tesis Secara Industri
  3. Sarjana Disaster Risk Management

 

1. MAKLUMAT PENGAJIAN

Maklumat pengajian dan syarat- syarat permohonan bagi Program Pengajian Peringkat Sarjana Dan Phd Secara Separuh Masa Tahun 2021/2022 adalah seperti dalam Video hebahan dan slide pelawaan berikut;

  1. Video hebahan program
  2. Slide pelawaan program

 

2. TATACARA PERMOHONAN

 

  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (2 salinan) seperti di bawah;

 

  1. Borang Permohonan Sarjana Kejuruteraan Rel (Lampiran 2 & Lampiran 3)
  2. Borang Permohonan Sarjana & Ijazah Kedoktoran Penulisan Tesis Secara Industri (Lampiran 3)
  3. Borang Permohonan Sarjana Disaster Risk Management (Borang JPA(L)LDP & Lampiran B1)

 

  1. Hanya pencalonan yang diperakukan oleh Ketua Jabatan sahaja yang layak untuk memohon ;

 

  1. Pegawai dari disiplin Elektrik, Mekanikal, Ukur Bahan & Senibina hendaklah mengemukakan borang permohonan berserta Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian melalui Ketua Disiplin masing-masing untuk mendapatkan persetujuan dan pengesahan terlebih dahulu sebelum mengemukakan ke CDPK;

 

  1. Manakala bagi pegawai dari disiplin Awam & Juruukur Bangunan, borang permohonan berserta Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian hendaklah dikemukakan terus ke CDPK; dan

 

  1. Calon perlu menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian (2 salinan) tidak kurang daripada 3 muka surat untuk Ph.D dan 2 muka surat untuk Sarjana (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) seperti di lampiran C1 bagi:

 

  1. Sarjana & Ijazah Kedoktoran (PhD) Penulisan Tesis Secara Industri (Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan – Lampiran C1); dan
  2. Sarjana Disaster Risk Management (Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan – Lampiran C1; Tajuk Cadangan Disertation – Lampiran D1)

 

  1. Bagi Program Sarjana Kejuruteraan Rel dan Sarjana / PhD Penulisan Tesis Secara Industri, kos pengajian adalah ditanggung sendiri dan calon boleh memohon HLPSB tertakluk kepada kelulusan pihak JPA. Manakala bagi Program Sarjana Disaster Risk Management yuran pengajian adalah ditaja oleh pihak JPA termasuk elaun buku dan elaun tesis.

 

  1. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini secara hardcopy di alamat seperti berikut :

Pengarah,

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat,

Tingkat 30, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia,

Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.

(u/p: Ketua Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan)

  1. Pihak urusetia tidak akan memproses permohonan calon sekiranya borang serta dokumen yang dikemukakan tidak lengkap dan permohonan adalah terbatal dengan sendirinya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini boleh diajukan kepada :

 

Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan

Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat

 

                                                a. Pn. Nursalbiah Binti Hamidun

                                                    03 – 2618 8666, nursalbiah [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

                                                b. Ir. Kanita Foo Chai

                                                    03 – 2618 8656, WSFaeza.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))

                                                c. En. Mohamad Ain bin Ahmad

                                                    03 – 2618 8668, mohamadain [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) SECARA SEPARUH MASA