Date: Selasa, Oktober 26, 2021

Program Pementoran Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

Pasangan mentor dan menti yang telah melaksanakan program pementoran JKR dengan cemerlang akan dipilih untuk mewakili JKR ke pertandingan peringkat kebangsaan. Encik Abdul Wafi bin Jamal merupakan menti dari cawangan Arkitek, JKR telah memenangi Anugerah Tokoh Menti Terbaik peringkat kebangsaan bagi tahun 2021. Sesi penyampaian sijil penghargaan telah diadakan secara dalam talian melalui facebook live JPA bersempena sambutan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke -25 Tahun 2021 pada  26 Oktober 2021.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang berharga kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Pementoran ini terutama kepada Mentor En. Rohaimi Bin Mansor, Arkitek di Bahagian Pengurusan BIM dan PAP, Cawangan Arkitek, Penyelaras Program Cawangan Arkitek, Puan Norliza Binti Kadir dan Puan Nurvianti Binti Md. Jai, Urusetia Program Pementoran JKR, Puan Norazian Binti Salleh dan Puan Siti Khadijah Binti Abdul Ghani , Pengarah Kanan Cawangan Arkitek Ar. Ibrahim bin Isa dan semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Program Pementoran di Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan agenda penting dalam pengurusan dan pembangunan kompetensi pegawai-pegawai JKR. Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti. Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan.

Semoga dengan pengiktirafan ini dapat memberi semangat kepada semua pasangan mentor dan menti di JKR untuk melaksanakan program pementoran JKR dengan lebih baik bagi melahirkan bakal pemimpin yang cemerlang.

Encik Abdul Wafi Bin Jamil, Arkitek J41, Cawangan Arkitek. Pemenang Tokoh Menti Terbaik peringkat Kebangsaan.

Pengumuman pemenang di Facebook Live JPA sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke -25 Tahun 2021 pada  26 Oktober 2021.

Kad Jemputan Pemenang oleh Ketua Pergarah Perkhidmatan Awam

 

Sila klik pautan dibawah untuk melihat slide pemenang Mentor 2021

Slide Pementoran terbaik 2021