RALAT : DOKUMEN KERANGKA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA (SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENSIJILAN DAN SENARAI KURSUS WAJIB)
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2020 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.
Program pensijilan ini terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia. Sila klik di pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program dan borang permohonan kompetensi yang ditawarkan :
- Tadbir Urus
- Syarat-syarat Kelayakan Pensijilan (Perubahan terkini pada 28/7/2020)
- Kaedah Pelaksanaan Pensijilan
- Borang Permohonan
- Senarai Semak
- Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia (Perubahan terkini pada 28/7/2020 ; Syarat-syarat Kelayakan Pensijilan dan Lampiran 1 : Senarai kursus wajib mengikut bidang khusus dan tahap pensijilan. (Lampiran A1 hingga F8) ).
JKR Malaysia mempelawa semua pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dokumen Piawaian Kompetensi mengikut disiplin dan kompetensi masing-masing. Sila klik pada pautan kompetensi seperti berikut :
Bil. | Disiplin | Kompetensi |
1 | Awam | |
2 | Mekanikal | |
3 | Elektrik | |
4 | Arkitek | |
5 | Ukur Bahan | |
6 | Pelbagai | |
Borang-borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil kelulusan akademik, sijil kursus wajib dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dan sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum 12 Ogos 2020 ke alamat berikut :
Urus Setia Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia
Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK)
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah Melaka
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2020, sila hubungi :
Nama | Emel | No. Telefon |
Ir. Dr. Hannerita binti Mohamad Zainal | hannerita [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) | 06-5512209 019-3553463 |
Mohd. Shukri bin Dolah | MShukriD [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) | 06-5512296 |
URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))
- 5898 bacaan