BAHAGIAN INTEGRITI (BaI)
MOHD NIZAM BIN DIN
KETUA BAHAGIAN INTEGRITI
OBJEKTIF BAHAGIAN
Menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus bertujuan supaya ia dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus dan terancang supaya elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.
FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
a) Tadbir Urus
i) Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
b) Pengukuhan Integriti
i) Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
c) Pengesanan dan Pengesahan
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan
tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
d) Pengurusan Aduan
i) Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
e) Pematuhan
i) Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
f) Tatatertib
i) Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
- 36950 bacaan