Pada 13 Februari 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Putra, Seremban yang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Ismail bin Hj. Lasim, EXCO Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan, Negeri Sembilan.
Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Gred Utama B (KUP) dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Jabatan Kerja Raya, memangku Jurutera Awam Gred Utama A berkuatkuasa mulai 7 Februari 2025.
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JKR merupakan saluran aduan utama Jabatan yang telah pun digunakan sejak 1 Mei 2021 meliputi Ibu Pejabat, Cawangan, Negeri/Wilayah Persekutuan dan Daerah. Aduan awam berkaitan JKR yang diterima dari saluran-saluran rasmi akan didaftarkan secara automatik dan secara manual ke dalam SISPAA JKR. Semua aduan akan diuruskan secara berpusat di portal SISPAA JKR.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. ZAKARIAH BIN MAHAT yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 Februari 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah Gred J3 di Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor pada 12 Disember 1988. Beliau juga telah berkhidmat lebih 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Sesi Roadshow Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Keluaran 08 telah diadakan pada 12-13 Februari 2025 di Auditorium Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Seramai 137 orang peserta telah hadir dalam taklimat ini termasuk Jurutera Daerah, Penyelaras SPB Negeri/Daerah dan semua Pegawai Teknikal di peringkat Negeri dan Daerah. Program ini turut disertai dengan 7 orang penceramah dari semua sistem ISO dan dibantu oleh Urusetia Induk dari Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).
13 Februari 2025 – Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Daif Selangor (2023) - Pembinaan Semula Bangunan Daif Prasekolah Di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor (BBA4001) telah diadakan di Bangunan Prasekolah SK Sg Serai.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN NORLINA BINTI AWANG yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 31 Januari 2025.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Ahmad Shahruzi bin Ahmad, Pengarah Gred Utama C di Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah ditukarkan ke Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia berkuatkuasa 12 Februari 2025.
Merafak sembah menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur – Lah di atas limpah perkenan menerima mengadap YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia bertempat di Istana Perak, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur pada 10 Februari 2025.
Jabatan Kerja Raya Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan.
Berhati-hati memandu walau ke mana jua destinasi yang dituju. Rancang perjalanan sebaiknya dan patuhilah undang-undang serta had laju yang telah ditetapkan, demi keselamatan bersama.