Melayu

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 6th. JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 13 dan 14 Ogos 2024 sebagai satu usaha untuk mempromosikan budaya penyelidikan dalam kalangan warga JKR. Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri.

Alt

adminjkr


Melayu

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Mardhiyah Syahida binti Berhanuddin, Jurutera Awam Gred J44 di Bahagian Pengurusan Projek Kompleks,  Cawangan Perancangan Aset Bersepadu atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuatkuasa 30 Oktober 2023. Beliau memfokuskan kepada kajian utama dalam bidang "enhanced composite" dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan kajian seperti "materials" dan "wastewater resources".

 

Alt

adminjkr


Melayu

2 Januari 2024 - Bertempat ditingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan.

Sebanyak dua (2) Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan  seperti berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek PELAKSANAAN KERJA-KERJA PEMULIHARAAN BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KING GEORGE V, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN telah diadakan pada 2 Januari 2024 (Selasa) bertempat di Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Kuantan, 21 Disember 2023. Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor berjaya bagi 2 Projek iaitu Projek Daif Pahang (2023) – Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kg Awah, Maran, Pahang (CBA9048) Dan Projek Daif Pahang (2023) – Pembinaan Semula Bangunan Daif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Pahang telah berlangsung di Pejabat JKR Negeri Pahang.

Alt

adminjkr


Melayu

Dimaklumkan bahawa pihak Cawangan Kejuruteraan Geoteknik Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan kerjasama Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan Seminar Spesifikasi Piawai JKR bagi Kerja - Kerja Geoteknik pada 26 - 27 Februari 2024 yang akan diadakan secara bersemuka.

Disertakan poster bergambar dan risalah program untuk tindakan lanjut hebahan pihak tuan. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis serahan dua Projek Siap bagi Projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras dan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh dan Lain-lain Kerja Yang Berkaitan di SRA Taman Tun Perak, Hulu Langat, Selangor telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hajah Aishah Hazlina binti Md. Dean, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia bersara wajib pada 1 Januari 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zailani bin Nagin diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Sr Zulkipeli bin Yamat, Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bersara wajib pada 1 Januari 2024. Sehubungan itu, YBrs. Sr Noraisah binti Kadirin diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HJH AISHAH HAZLINA BINTI MD DEAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 Januari 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal (J41) di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 1 September 1992. Beliau telah berkhidmat lebih 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Halaman-halaman