Majlis Anugerah Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2025 telah berlangsung pada 7 Februari 2025 (Jumaat) dan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Seksyen Pemantauan dan Penilaian (P5), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Ketua Menteri Melaka telah dilantik sebagai Urus Setia Majlis Anugerah ini.
Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ar. Zuhairi Bin Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Perunding dan Perundangan) Gred Utama C di Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menerima watikah sebagai Pengarah Reka Bentuk, Arkitek Gred Utama C, Cawangan Arkitek berkuatkuasa mulai 12 Februari 2025.
Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Majlis Penyerahan projek siap Kerja Pembaikan Cerun Runtuh Dan Kerja – Kerja Berkaitan Di Institut Latihan Kemas Kuala Lumpur (ILKKL), Kuala Lumpur telah diadakan bertempat di Institut Latihan Kemas Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Dan Memulihara Peragaan Bangunan Galeria Sri Perdana telah diadakan pada 4 Februari 2025 (Selasa) bertempat di Bangunan Galeria Sri Perdana, Jalan Terengganu, Bukit Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2025.
Pada 28 Januari 2024 (Selasa), Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Membina Bangunan Simulasi High Voltage Substation Dan Bangunan Asrama di ILP Kepala Batas, Pulau Pinang telah berlangsung di ILP Kepala Batas, Pulau Pinang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ar. Dr. SITI MAZLINA BINTI ZARMANI, Arkitek Kanan (J12) kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D beliau dan dianugerahkan Doktor Falsafah, Ph.D dalam bidang Urban Design pada 20 November 2024 oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “CONTEXTUAL INTEGRATION IN URBAN CAMPUS DESIGN TOWARDS THE DEVELOPMENT OF A DESIGN FRAMEWORK”.
Pada 3 Februari 2025, berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Bangunan Tambahan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Patau-Patau, WP Labuan. Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan (WP) Labuan kepada YBrs. Tuan Hj Abidin bin Hj Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan dan seterusnya penyerahan kepada YBrs. En Rosli Bin Mohd Ali, Guru Besar SK Patau-Patau.
Pada 2 Februari 2025, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Turut diiringi bersama YBrs. Ir. Haji Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal; YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim, Pengarah Kerja Raya Terengganu; YBrs. Ir. Janari bin Sekeli, Jurutera Awam Penguasa Kanan dan Ir. Dr. Mardhiyah Syahida binti Berhanudin, Pegawai Khas Ketua Pengarah Kerja Raya.