Melayu
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datin Ir. Nor Asiah bt Othman, KPPK Cawangan Jalan telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Jawatan Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD).

sably


Melayu
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 10-11 Oktober 2016 di Ipoh, Perak, sebanyak dua (2) kategori anugerah akan dipertandingkan iaitu:
 
a) Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan)         (Rujuk Lampiran A)
 
b) Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan)          (Rujuk Lampiran

sably


Melayu
Tawaran Pengisian Kekosongan Jawatan Secara Pinjaman
Tarikh Iklan :  13 April 2016
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpu

sably


Melayu

8 April 2016- seramai 202 orang pegawai lantikan baru terdiri daripada pelbagai disiplin telah melapor diri di Jabatan Kerja Raya. YBhg.Dato' Ir. Hj Mohd Jamal bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Pengenalan Pegawai P&P Bil 1/2016 yang berlangsung selama 5 hari bermula 11 - 15 April 2016 .

sably


Melayu
Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia telah menganjurkan Program OSH Day bermula pada 5-6 April 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Adanan Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya pada jam 9.00 pagi.
 
JKR OSH Day 2016 bertemakan 'Practice Prevention - Avoid Correction' merupakan inisiatif JKR sebagai agensi teknikal utama kerajaan Malaysia dalam membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

sably


Melayu
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) berkuatkuasa 11 April 2016. Beliau menggantikan YBhg. Dato' Sr. Abdull Manaf bin Hj. Hashim yang telah bersara pada 4 April 2016.
 
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' di atas pelantikan ini.

sably


Melayu
 
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Siti Baizura Mohamad Noor yang bertugas di Bahagian Audit dan Integriti (BAI), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) serta Ir. Dr.

sably


Melayu

JKR sentiasa komited dalam usaha menerapkan nilai integriti dan profesionalisme sebagai teras budaya kerja Jabatan. Oleh yang demikian, di bawah Program Integriti Jabatan untuk mewujudkan budaya organisasi yang berintegriti dan sebagai langkah pencegahan perbuatan rasuah, Polisi Whistleblowing JKR telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) JKR Bil.3/2015 pada 1 Disember 2015.

sably


Melayu
YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusuf, Menteri Kerja Raya telah menyempurnakan majlis flag off Jambatan Bertingkat Bayan Lepas pada hari ini (6 April 2016) jam 9.00 pagi bertempat di tapak projek BLE. Turut hadir ialah YBhg.Datuk Ir. Haji Adanan Bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Abdul Razak Bin Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Ir. Dr.

sably


Halaman-halaman