Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Mohd Nazri b Shaari,Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 3 Mei 2016.
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik pada 11 Ogos 1980 , di JKR Elektrik Perak.
Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 28 April 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kementerian Kerja Raya. Perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh kakitangan Warga Kementerian dan Agensi-Agensi di bawahnya. Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR).
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Sri Zohari menerangkan Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6% iaitu yang terbaik di ASEAN tahun lepas.
Adalah dimaklumkan En.Faisal Amsyar Bin Redzuan, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Skudai sedang melaksanakan 'Final Year Project' yang berkaitan dengan 'Building Safety and Condition Index'.
Oleh yang demikian, YB Menteri Kerja Raya mohon kerjasama warga JKR agar membantu beliau dengan mengisi Soal Selidik secara atas talian seperti berikut :
Majlis Apresiasi Indeks SSR 2015 telah berlangsung pada 28 April 2016 bertempat di Bilik Tanjung Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan dan komitmen oleh kakitangan Kementerian dan Jabatan sehingga membolehkan Kementerian Kerja Raya dan JKR mendapat pengiktirafan Agensi Sektor Awam (SSR) bertaraf 5 bintang bagi Tahun 2015-2016.
Majlis Dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ketibaan YBhg.
Sukacita dimaklumkan seramai 16 orang pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berjaya menamatkan pengajian dan berjaya dianugerahkan Diploma Profesional Pengurusan Inovasi (Kelas Pertama) daripada pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 24 April 2016 bertempat di UTM, Skudai. Penganugerahan tersebut adalah diperolehi melalui program Value Creation Acceleration thru Creativity and Innovation Experience (VACCINE) hasil usahasama pihak UTM dan JKR. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ir.Hj.
Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke JKR Negeri Pahang pada 25 dan 26 April 2016 sebagai sebahagian daripada program 'Walkabout' Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini.
Program 'Walkabout' dimulakan pada sebelah malam dengan sesi engagement bersama Rakan KKR Negeri Pahang. Program bertemu Rakan KKR Negeri Pahang ini turut disertai pengurusan tertinggi JKR Pahang.
Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk Ir Dr Azmi Hassan telah kembali ke rahmatullah pada 25 April 2016 jam 3.20 ptg, di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham pernah bertugas sebagai Pengarah JKR Negeri Kelantan, Pengarah Cawangan Jalan JKR Malaysia dan Pengarah Bahagian Perancangan Jalan, Kementerian Kerja Raya sebelum bersara pada tahun 2014. Seluruh Warga JKR Malaysia mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan para solihin dan semoga keluarganya tabah menerima kehilangan beliau.
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara Malaysia telah meluluskan pemangkuan YBrs.Ir.Shuib B Tabri ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia mulai 3 Mei 2016.
Warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemangkuan tersebut dan menaruh kepercayaan penuh kepada beliau dalam memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Habbali b Ibrahim, Jurutera Mekanikal Gred J54, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dilantik sebagai Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya memangku Jurutera Mekanikal Gred Utama C berkuatkuasa 25 April 2016.
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' di atas pelantikan ini.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat bagi pegawai di Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) seperti berikut: