Sukacita dimaklumkan YBhg.Dato' Ir.Hj Mohd Fazli bin Osman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri berkuatkuasa pada 05 April 2016 sehingga jawatan tersebut di isi secara hakiki.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang
Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada KKR dan JKR kerana masing-masing telah mendapat Pengiktirafan Agensi Sektor Awam (SSR) bertaraf 5 bintang bagi Tahun 2015-2016 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi sektor awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg.
SALAM PERPISAHAN DATO' Sr ABDULL MANAF BIN HJ HASHIM, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR)
Dengan penuh takzim, Warga JKR mengucapkan Salam Perpisahan kepada YBhg Dato di atas persaraan wajib bermula 05 Mac 2016. Kami berharap YBhg Dato akan terus berbahagia di alam persaraan dengan masa yang lebih dapat diberikan kepada keluarga, saudara mara dan sahabat taulan yang tidak dapat diberikan semasa perkhidmatan dengan JKR/Kerajaan kerana kepentingan tanggungjawab.
Sepertimana Tuan / Puan sedia maklum, pengurusan perhubungan pelanggan yang cekap dan berkesan akan dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang responsif mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.
Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima ini telah diadakan pada 1 April 2016, pada jam 11. 00 pagi bertempat di Ruang Rehat, Aras 2, Menara Kerja Raya. YBhg. Datuk Ir. Haji Adanan Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya telah menyampaikan sendiri Surat Setuju Terima kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya memperolehi pelawaan projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Majlis Penyerahan SST pada hari ini merupakan kali ketiga bagi tahun 2016 dan melibatkan 17 projek.
Majlis Penyerahan Bangunan Baru Perpustakaan Awam Negeri Pahang (PPAP) telah diadakan pada 28 Mac 2016. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan YBhg Dato' Shahaniza Shamsuddin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Majlis ini turut disertai oleh YBrs. Dato' Ir. Abdul Jalil bin Mohamed, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan YBrs. Hjh. Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),YBrs.
27 Mac 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke JKR Negeri Kelantan sebagai sebahagian daripada program 'walkabout' Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini.
Delegasi KPKR mendarat di Kota Bharu pada 27 Mac 2016 dan dibawa untuk melawat tapak projek Central Spine Road – Membina Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan Pakej 1B : Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu.
Jurnal JKR Bil. 3(2015) kini telah diterbitkan dan ianya boleh dipinjam dari Perpustakaan JKR di Tingkat 16, Blok F, Ibu Pejabat JKR. Penerbitan JURNAL JKR Bil.3 (2015) ini adalah merupakan kesinambungan dari edisi pertama dan kedua JURNAL JKR pada tahun 2013 dan 2014 dahulu. Jabatan berharap JURNAL JKR Bil.3 (2015) ini akan memberi manfaat kepada para pembaca untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadi cetusan idea yang positif kepada seluruh warga JKR bagi menghasilkan kertas kerja dan penyelidikan pada masa akan datang.
Majlis Penyerahan Pembinaan Sekolah Rendah Agama Pantai Ria, Di Pantai Dalam Kuala Lumpur ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul Bin Mohamad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBhg. Datuk Yatimah Binti Sarjiman, Timbahan Ketua Setiausaha (Kewangan Dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri mewakili YBhg. Datuk Seri Othman Bin Hj. Mahmood. Majlis ini turus disertai oleh YBrs. En. Masri Bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan YBrs. Tuan Hj.