"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."
Dukacita dimaklumkan bahawa Al-Marhum YBhg. Dato' Jamilol Nasir Saad, Mantan Pengarah JKR Perak dan juga Mantan Pengarah BPN, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Mei 2022 jam 10.15 malam di Hospital KPJ, Ipoh, Perak. Jenazah dikebumikan pada hari ini di Tanah Perkuburan dan Wakaf Am Islam Qariah Rapat Setia, Ipoh.
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurniaNya, kita diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan Ramadan pada tahun ini serta berpeluang megerjakan ibadah puasa dalam suasana aman dan harmoni.
27 April 2022 Majlis Khatam Al-Quran Pejabat Pengurusan Atasan JKR Malaysia buat julung kalinya telah diadakan pada 27 April 2022 bertempat di Ruang Utama, Aras 33 Menara Kerja Raya bersempena Program Ihya Ramadhan 1443H.
Pelan Strategik JKR Malaysia 2021-2025 telah direkodkan di dalam daftar hak cipta oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pelan Strategik JKR Malaysia 2021-2025 terkandung dalam kategori hak cipta Sastera. Dengan pendaftaran ini, Pelan Strategik JKR Malaysia telah dilindungi berdasarkan Akta Hak Cipta 1987. Daftar Hak Cipta bagi dokumen Pelan Strategik ini adalah yang pertama kalinya diperolehi oleh JKR daripada MyIPO.
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Tambahan Blok Baru, Hospital Putrajaya telah diadakan pada 22 April 2022 (Jumaat) bertempat di Blok Baru, Hospital Putrajaya yang kini dinamakan sebagai Institut Endokrin pada jam 3.00 petang.
Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaludin, Menteri Kesihatan Malaysia melalui upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh YBhg. Datuk Ir. Hj.
Adalah dimakumkan, YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bersara wajib pada 20 April 2022. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Hasmi bin Ahmad diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Hasmi bin Ahmad berkuatkuasa pada 20 April 2022 sehingga jawatan tersebut siisi secara hakiki.